PROFIL SYARIKAT

Segalanya bermula dengan perantauan seorang anak muda ke Timur Tengah untuk menimba ilmu.

Anak muda ini bernama Ustaz Aidil Azwal bin Zainudin yang merupakan pengasas OLIVE HOUSE. Walaupun bergelar seorang graduan dalam bidang Undang-Undang dari Al-Azhar, Mesir beliau juga adalah seorang usahawan yang berkaliber.

Pengalaman menjalani kehidupan di sana membuatkan beliau amat tertarik dengan budaya amalan pemakanan buah zaitun dan diet pemakanan masyarakat di sana yang dikenali sebagai diet Mediterranean. Hasil pemerhatian dan kajian beliau, pengambilan pati minyak zaitun memberikan impak kesihatan yang amat baik bagi masyarakat di Timur Tengah terutamanya dalam membantu menghindar penyakit berkaitan dengan jantung.

Sejak itu, beliau bertekad untuk membawa produk pati minyak zaitun yang tinggi khasiatnya pulang ke Malaysia bagi berkongsi manfaatnya kepada semua.